Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada anda semua :) terima kasih kerana sudi menjejakkan kaki (blogwalking) ke dalam blog kami yang tidak seberapa ini. :)
Kami adalah merupakan murid Tingkatan 1 Cekal 2012 SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Blog ini bertujuan untuk mendapatkan markah bagi projek kami yang terakhir :) blog ini bakal dinilai dan markah yang diberikan oleh guru kami iaitu Encik Hanizam akan dimasukkan ke dalam pencapaian akhir tahun :)
Blog ini adalah mengenai Teknologi-teknologi Terkini. Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis teknologi yang terkini dan juga canggih. Contohnya, telefon bimbit. Pelbagai jenama telefon bimbit yang telah dikeluarkan pada zaman sekarang. Contohnya, Blackberry, iPhone dan Samsung.
Selain itu, komputer dan komputer riba juga adalah merupakan teknologi yang terkini. Jikalau dahulu kita hanya lah menggunakan komputer yang disambung dengan pelbagai jenis wayar disertai dengan sebuah CPU dan tidak boleh dibawa ke mana-mana, kini, kebanyakan orang yang berada di dunia ini menggunakan komputer riba. Pelbagai saiz komputer riba yang ada. Ada yang kecil dan juga yang besar. Komputer riba dibeli dengan mengikut cita rasa masing masing. Contoh terdekat, pelajar sekolah menengah. Mereka memerlukan komputer riba yang bersaiz sederhana ataupun kecil supaya senang untuk dibawa ke tempat lain.
Saya rasa sampai sini sahaja lah 'Pengenalan' ataupun 'pembuka bicara' yang boleh saya berikan :) terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca post kami :) anda boleh melihat post seterusnya. Ia adalah mengenai televisyen. Bergembira lah dengan membaca post kami. Sambil sambil boleh menambah ilmu pengetahuan ;)
No comments:
Post a Comment